Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DPM Wong bersarapan, temui Sultan Ibrahim di Fullerton Hotel

May 7, 2024 | 6:10 PM
Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri), bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim (kanan), semasa majlis sarapan di The Fullerton Hotel Singapura pada 7 Mei.
Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong (kiri), bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim (kanan), semasa majlis sarapan di The Fullerton Hotel Singapura pada 7 Mei. - Foto MCI

Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, di The Fullerton Hotel Singapura pada 7 Mei. 

Kedua-dua pemimpin itu juga makan bersama di sana dalam satu majlis sarapan yang dihos Encik Wong.

Pertemuan itu adalah sebahagian daripada lawatan negara dua hari Sultan Ibrahim ke Singapura dari 6 Mei hingga 7 Mei. 

Dalam satu catatan Facebook pada 7 Mei, Encik Wong meluahkan rasa sukacita beliau berpeluang bertemu Sultan Ibrahim.

“Malaysia ialah jiran terdekat dan rakan kongsi penting Singapura. Hubungan kami terjalin erat, disokong oleh sejarah yang dikongsi, dan diperkukuh oleh hubungan keluarga dan budaya,” kata beliau.

Beliau menyatakan matlamatnya untuk terus memberi perhatian yang mendalam untuk memajukan hubungan Singapura dan Malaysia, dan berharap untuk meningkatkan hubungan dua hala itu ke tahap yang lebih tinggi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg