DI sebalik hujan yang turun dengan lebat pagi semalam, sekitar 3,000 peserta mengambil bahagian dalam acara Perlumbaan Reben Kuning (YR) bagi menunjukkan sokongan dan peluang kedua bagi bekas pesalah.
Acara larian itu, yang sebelum ini dinamakan Projek Reben Kuning, berjaya mengumpulkan dana sebanyak $150,000.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, yang turut menyertai larian itu, mengibarkan bendera bagi acara larian sepanjang 6 kilometer dan 10 kilometer.
Acara larian itu membawa para peserta melalui kawasan di Kompleks Penjara Changi.
Turut hadir dalam acara itu ialah Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Di acara itu beberapa banduan juga berpeluang mempamerkan bakar masing-masing menerusi Pameran YR.
Ini termasuk karya seni, persembahan lagu, dan hidangan masakan.
Pameran itu juga menampilkan kegiatan dan permainan bertemakan Reben Kuning, di mana peserta meninggalkan pesanan motivasi untuk banduan, dan mengayuh basikal dinamo untuk menyalakan lampu LED Reben Kuning sebagai tanda sokongan mereka.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg