SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

DPM Wong: S'pura tidak boleh ambil mudah sumber air bersih

DPM Wong: S'pura tidak boleh ambil mudah sumber air bersih

Mar 18, 2023 | 8:00 PM

DPM Wong: S'pura tidak boleh ambil mudah sumber air bersih

Air yang bersih adalah sumber berharga dan Singapura tidak mampu mengambil mudah sumber yang dimilikinya.
Air yang bersih adalah sumber berharga dan Singapura tidak mampu mengambil mudah sumber yang dimilikinya. - Foto ST

AIR yang bersih adalah sumber berharga dan Singapura tidak mampu mengambil mudah sumber yang dimilikinya, sedang dunia berdepan dengan krisis air, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong. Beliau berkata demikian di acara khas di Bendungan Marina pada 18 Mac, bagi menyambut Hari Air Sedunia Singapura (SWWD). Encik Wong berkata berbilion orang di seluruh dunia bergelut untuk mendapatkan bekalan air yang mencukupi, termasuk ratusan juta di Asia yang masih tidak mempunyai bekalan air bersih dan selamat untuk diminum. Menambah, Encik Wong berkata masalah itu berkemungkinan menjadi lebih genting, dengan pakar meramalkan permintaan bagi air melebihi bekalan sebanyak 40 peratus di akhir dekad ini, disebabkan salah pengurusan dan penggunaan keterlaluan. "Ini tidak ketara kepada kita di Singapura kerana kita mempunyai bekalan air yang baik dan kita adalah negara kecil. "Di sekeliling kita, air boleh dilihat di mana-mana. Justeru, kita berkata - Betulkah ada krisis di dunia? Banyak betul air! Mengapa anda berkata kita ada masalah?" kata Encik Wong.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg