Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DPM Wong: Tiada perubahan besar dalam Kabinet sehingga pasca GE; PM Lee sebagai menteri kanan

Apr 16, 2024 | 5:16 PM
Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong berkongsi bahawa beliau tidak akan membuat sebarang perubahan besar ke atas Kabinet selepas menjadi Perdana Menteri pada 15 Mei.
Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong berkongsi bahawa beliau tidak akan membuat sebarang perubahan besar ke atas Kabinet selepas menjadi Perdana Menteri pada 15 Mei. - Foto MCI

Tiada perubahan besar ke atas Kabinet akan dilakukan sebelum Pilihan Raya Umum selanjutnya dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong akan menyandang jawatan Menteri Kanan kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Bagaimanapun, Encik Wong sedang mempertimbangkan untuk menaikkan pangkat beberapa Anggota Parlimen (AP) serta membawa masuk beberapa pelapis untuk mengukuhkan pasukan pemimpin generasi keempat (4G).

Beliau akan mengumumkan anggota Kabinet dalam sidang akhbar beberapa hari sebelum mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura pada 15 Mei.

Encik Wong berkata demikian ketika bercakap kepada media pada 16 April, sehari selepas Encik Lee mengumumkan bahawa beliau akan berundur pada 15 Mei untuk memberi laluan kepada Encik Wong menjadi Perdana Menteri.

Semasa sidang media itu, Encik Wong berkongsi bahawa beliau telah menetapkan keutamaannya dalam memastikan kesinambungan dan membentuk pasukan kabinet terbaik untuk Singapura bergerak ke hadapan.

“Namun buat masa ini, tiada sebarang perubahan besar yang akan dilakukan kerana sistem kami berfungsi berdasarkan kesinambungan dan perubahan progresif.

“Tidak pernah berlaku apabila berlakunya peralihan kepimpinan, semua menteri yang lebih tua berundur pada masa yang sama.

“Sebaliknya, mereka terus menyumbang dengan cara yang berbeza sambil memberi ruang kepada yang lebih muda untuk melangkah ke hadapan. Jadi saya akan mengamalkan pendekatan yang sama apabila saya mengambil alih. 

“Secara khususnya saya telah meminta Encik Lee untuk terus berkhidmat dalam kabinet sebagai menteri kanan dan saya gembira kerana beliau telah bersetuju untuk berbuat demikian dan menteri-menteri lain akan terus berkhidmat dalam portfolio masing-masing.

“Malah, ada di antara mereka yang baru dilantik baru-baru ini, jadi tidak ada sebab untuk membuat perubahan,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg