Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DPPMS anjur sesi golf dan rangkaian bersama, Swing & Sip

Apr 30, 2024 | 7:22 PM
(dari kiri) Pengarah Eksekutif DPPMS, Cik Nadiah Hassan; pengerusi OKG, Encik Zaki Ma’arof; Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Abu Bakar Mohd Nor; Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamed; Anggota lembaga pengarah DPPMS, Encik Feroz Akbar; Penolong Setiausaha Kehormat DPPMS, Encik Muhammad Syahiran Rohajat semasa acara Swing & Sip di Orchid Country Club.
(dari kiri) Pengarah Eksekutif DPPMS, Cik Nadiah Hassan; pengerusi OKG, Encik Zaki Ma’arof; Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Abu Bakar Mohd Nor; Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamed; Anggota lembaga pengarah DPPMS, Encik Feroz Akbar; Penolong Setiausaha Kehormat DPPMS, Encik Muhammad Syahiran Rohajat semasa acara Swing & Sip di Orchid Country Club. - Foto oleh DPPMS

Satu sesi menjalin rangkaian dan bermain golf telah berlangsung di Orchid Country Club pada 30 April dari 12 tengah hari sehingga 8 malam, yang dianjurkan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS).

Selain bermain golf, tetamu dapat menjamu hidangan semasa makan malam rasmi yang telah memberi peluang kepada tetamu yang tidak bermain golf untuk melibatkan diri dalam sesi menjalin rangkaian.

Para tetamu dapat bertukar pandangan, memupuk hubungan dan membina asas untuk kerjasama di masa hadapan.

Sesi tersebut dihadiri oleh 52 tetamu termasuk Presiden DPPMS, Encik Abu Bakar Mohd Nor, anggota lembaga pengarah DPPMS, Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Saat A. Rahman, serta tetamu terhormat Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamed.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg