Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dr Lee Wei Ling, anak perempuan Lee Kuan Yew meninggal dunia pada usia 69 tahun

Oct 9, 2024 | 8:05 AM
Kematian Dr Lee Wei Ling diumumkan adiknya, Encik Lee Hsien Yang menerusi satu catatan Facebook pada 9 Oktober.
Kematian Dr Lee Wei Ling diumumkan adiknya, Encik Lee Hsien Yang menerusi satu catatan Facebook pada 9 Oktober. - Foto fail

Dr Lee Wei Ling, anak perempuan kepada perdana menteri pengasas Encik Lee Kuan Yew, telah meninggal dunia pada usia 69 tahun, empat tahun selepas disahkan menghidap gangguan otak degeneratif yang jarang berlaku.

Kematiannya didedahkan oleh adik lelakinya, Encik Lee Hsien Yang dalam satu catatan Facebook pada 5.50 pagi pada 9 Oktober.

Dr Lee, anak kedua daripada tiga beranak, juga merupakan adik kepada Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong.

Seorang pakar saraf yang mengetuai Institut Sains Saraf Nasional sebagai pengarah dari 2004 hingga 2014, Dr Lee telah disahkan menghidapi penyakit palsi supranuklear progresif pada 2020.

Keadaan ini menjejaskan pergerakan fizikal, berjalan, keseimbangan dan pergerakan mata dan akhirnya menelan, serta boleh membawa kepada komplikasi serius seperti radang paru-paru.

Mengenang kembali memori bersama mendiang yang tiga tahun lebih muda daripadanya, Menteri Kanan Encik Lee berkata personaliti dan perwatakan beliau kekal tidak berubah sepanjang hidupnya.

“ Beliau sangat setia kepada rakan-rakan, amat bersimpati dengan golongan yang lebih lemah dan akan bergerak secara aktif untuk melakukan sesuatu apabila beliau melihat ketidakadilan, atau disyaki melakukan kesalahan. Beliau seorang pejuang,” kata Encik Lee, yang memanggilnya dengan panggilan mesra, Ling dalam satu catatan Facebook.

Menurut Encik Lee, mendiang telah mengesahkan penyakitnya sendiri sebelum para doktor mengesahkannya secara rasmi pada 2020 dan menerimanya dengan sikapnya yang penuh ketabahan dan kecekalan.

“Kini, beliau sudah meninggalkan kami. Saya akan amat merindui Ling,” katanya lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg