Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dr Muhammad Faishal hargai sumbangan ibu bapa titipan

May 12, 2020 | 2:02 PM
BERSAMA MEMBANGUN MASYARAKAT: Profesor Madya Dr Muhammad Faishal juga menggalak orang ramai melungsuri lelaman www.msf.gov.sg/fostering untuk maklumat lanjut tentang Skim Keluarga Titipan.
BERSAMA MEMBANGUN MASYARAKAT: Profesor Madya Dr Muhammad Faishal juga menggalak orang ramai melungsuri lelaman www.msf.gov.sg/fostering untuk maklumat lanjut tentang Skim Keluarga Titipan. - - Foto: BERITA HARIAN

Setiausaha Parlimen Kanan, (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, hari ini melahirkan penghargaan buat ibu bapa titipan.

Dalam catatannya di Facebook, beliau berkata, golongan ini telah menyumbang tenaga dan sumber mereka untuk menjaga anak titipan dan tabah dalam menghadapi cabaran langkah-langkah pemutus litar.

"Tidak seperti tahun-tahun yang sebelumnya, Ramadan kali ini cukup berbeza dan meskipun adanya langkah penjarakan selamat, kita tetap masih boleh berhubung antara satu sama lain dan terus menunjukkan keprihatinan terhadap mereka yang memerlukan lebih banyak sokongan.

"Walaupun berada dalam musim wabak Covid-19, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada segolongan orang yang telah banyak berjasa - ibu bapa titipan yang telah menyumbang tenaga dan sumber mereka untuk menjaga anak titipan.

"Langkah-langkah Pemutus Litar agak mencabar untuk kebanyakan keluarga namun ibu bapa titipan tetap tabah dan terus memberikan sokongan dan perlindungan kepada anak titipan. Kerana mereka berjiwa besar, kanak-kanak ini dapat terus diberikan tempat tinggal yang selamat sebagai rumah mereka," katanya.

Tambah beliau, walaupun penjagaan titipan hanyalah sementara, perubahan kepada kehidupan mereka adalah selamanya.

Beliau juga mengongsi video yang memaparkan detik-detik harian dalam kehidupan sebuah keluarga titipan, dan cara bagaimana kanak-kanak titipan dapat membesar dan terus berkembang dalam suasana yang selamat.

Profesor Madya Dr Muhammad Faishal juga menggalak orang ramai melungsuri lelaman www.msf.gov.sg/fostering untuk maklumat lanjut tentang Skim Keluarga Titipan.

"Kepada semua umat Islam, semoga kita beroleh keberkatan di bulan Ramadan yang mulia ini!," katanya mengakhiri catatan beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg