DR Abdul Razakjr Omar, telah meninggalkan jawatannya sebagai timbalan pengarah perubatan di Hospital Raffles untuk menubuhkan klinik pakar.
Beliau disertai mantan pengarah perubatan hospital itu Dr Stanley Liew Choon Fong.
Klinik tersebut yang dinamakan Specialist Care Group terletak di tingkat 11, Pusat Perubatan Mount Elizabeth.
Ia memberi khidmat doktor pakar berkaitan penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis dan endokrin, lebih-lebih lagi apabila penyakit itu mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Seorang lagi pakar kardiologi, Dr Teo Swee Guan, turut menyumbang kepakaran di klinik tersebut.
Golongan doktor pakar ini bukan sahaja menawarkan khidmat jagaan kesihatan malah bercadang bersikap proaktif menilai masalah kesihatan yang mungkin dialami pesakit dan cuba membantu mereka mencegahnya.
"Misi kami ialah untuk membantu pesakit mencapai kesejahteraan kesihatan dengan menawarkan mutu yang tinggi, beretika dan nasihat serta rawatan berdasarkan bukti," kata Dr Razakjr.
Mengulas, Dr Liew juga berharap klinik itu akan dapat menjadi platform jagaan baru.
Laporan lanjut:
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg