Dream Cruises tawar perjalanan bertema Hari Raya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dream Cruises tawar perjalanan bertema Hari Raya

Mar 17, 2021 | 8:22 PM

Dream Cruises tawar perjalanan bertema Hari Raya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Dream Cruises berkata tiket untuk pelayaran pada Mei bermula dari $179 seorang.
Dream Cruises berkata tiket untuk pelayaran pada Mei bermula dari $179 seorang. - TIMOTHY DAVID

DREAM Cruises sedang melancarkan perjalanan bertema Hari Raya di kapal pesiaran World Dream cruise untuk meraikan akhir Ramadan. Pesiaran tiga malam tanpa destinasi itu akan mempunyai dua pelayaran, dan akan berlepas dari Singapura pada 16 dan 23 Mei. Ia akan menawarkan demonstrasi memasak sajian halal oleh cef selebriti, yang akan menyediakan pastri dan moktel halal. Menu baru akan diperkenalkan di Crystal Life Spa kapal itu, menawarkan urutan dan lulur badan yang menggunakan produk bebas alkohol.

Akhbar The Straits Times difahamkan bahawa pelayaran Hari Raya itu "laris" sejak pengendali itu mula memasarkannya bulan lalu. Walaupun kapal pesiaran itu menerima tetamu Muslim, pelanggan bukan Islam juga boleh membeli tiket. Dream Cruises berkata tiket untuk pelayaran pada Mei bermula dari $179 seorang. Walaupun pelayaran bertema Hari Raya itu akan ditawarkan selepas Ramadan, langkah-langkah tertentu akan diambil untuk tetamu Muslim yang menaiki kapal pesiaran lain semasa bulan puasa, yang jatuh antara 13 April dengan 12 Mei. Tetamu akan dapat menyertai solat berjemaah dan ceramah kerohanian semasa perjalanan dari 11 April hingga 14 Mei sebagai sebahagian daripada pengalaman kerohanian Ramadan, jadual sedemikian yang pertama di atas sebuah kapal pesiaran. Tetamu Muslim yang menaiki World Dream pada bulan Ramadan juga akan disajikan sajian sahur.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg