Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Drebar bas maut dalam kemalangan di Hougang

Oct 11, 2022 | 5:30 AM
NAHAS: Gambar dan video yang disebar dalam talian menunjukkan bas SBS Transit dengan cermin depan yang pecah selepas ia merempuh pokok. Pemandu bas itu meninggal dunia di tempat kejadian. - FOTO FACEBOOK SINGAPORE ROAD ACCIDENTS.COM
NAHAS: Gambar dan video yang disebar dalam talian menunjukkan bas SBS Transit dengan cermin depan yang pecah selepas ia merempuh pokok. Pemandu bas itu meninggal dunia di tempat kejadian. - FOTO FACEBOOK SINGAPORE ROAD ACCIDENTS.COM -

SEORANG pemandu bas berusia 54 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan trafik di Hougang awal pagi kelmarin.

Pihak polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada 2.47 pagi di Defu Avenue 1 menuju ke arah Hougang Avenue 3.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata para pegawai mengeluarkan pemandu yang terperangkap di tempat duduk dan beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh seorang paramedik.

Gambar dan video yang disebar dalam talian menunjukkan bas SBS Transit dengan cermin depannya pecah selepas ia merempuh pokok.

Pengendali bas SBS Transit berkata lelaki itu sedang memandu bas pekerja kosong ke depoh Hougang pada 2.40 pagi apabila pemandu hilang kawalan dan melanggar pokok di luar depoh bas.

"Kami amat sedih dengan pemergian beliau dan telah menyampaikan ucapan takziah yang tulus ikhlas kepada keluarganya.

"Kami sedang berhubung rapat dengan anggota keluarga pada masa yang amat sukar ini dan akan memberikan segala sokongan yang diperlukan," kata presiden SBS Transit bagi pengalaman pelanggan dan komunikasi, Cik Grace Wu.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg