Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Drebar teksi, pekerja kiriman boleh makan di ruang awam: MOH

Apr 13, 2020 | 5:30 AM
DORMITORI TERAPUNG: Kemudahan penginapan terapung akan dimanfaatkan bagi menempatkan pekerja asing yang sihat sebagai langkah pencegahan terhadap penyebaran Covid-19. Kemudahan itu ditempatkan di pelabuhan terminal Tanjong Pagar di Singapura semalam. - Foto AFP
DORMITORI TERAPUNG: Kemudahan penginapan terapung akan dimanfaatkan bagi menempatkan pekerja asing yang sihat sebagai langkah pencegahan terhadap penyebaran Covid-19. Kemudahan itu ditempatkan di pelabuhan terminal Tanjong Pagar di Singapura semalam. - Foto AFP -

PEMANDU teksi dan pekerja pengiriman makanan boleh makan di ruang awam atau dalam kenderaan mereka jika keadaan tidak mengizinkan untuk pulang dan makan di rumah.

Ini diperjelaskan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam laman rasminya kelmarin di bahagian "soalan yang kerap ditanya".

MOH menambah pekerja yang menyediakan khidmat penting harus makan di tempat kerja sambil mengamalkan jarak selamat.

Bagi "pekerja tertentu dengan pekerjaan mereka memerlukan mereka sentiasa bergerak", mereka harus pulang ke pejabat atau rumah untuk makan.

Namun, jika ini tidak praktikal, mereka boleh makan dalam kenderaan, kolong blok atau bangku taman awam.

Butiran terkini itu disebarkan selepas pemandu teksi dan kereta sewa privet serta pekerja pengiriman makanan memberitahu akhbar The Straits Times bahawa mereka tidak tahu di mana ingin makan sewaktu bekerja syif selepas langkah lebih tegas diperkenalkan.

Mereka tidak lagi diizinkan makan di tempat makan dan gerai. Beberapa orang daripada mereka kemudian terpaksa makan di dalam kenderaan masing-masing atau di tepi jalan kerana takut melanggar undang-undang.

Dalam butiran terkininya itu, MOH menyatakan pekerja ini harus makan seorang dan secepatnya serta memastikan mereka berada pada jarak sejauh 1 meter daripada satu sama lain serta tinggalkan ruang awam itu dalam keadaan bersih selepas mereka selesai makan.

Mereka juga harus membawa butir pengenalan yang mengesahkan mereka adalah pemandu teksi atau pekerja pengiriman makanan.

Mereka juga perlu bersedia memberikan maklumat tersebut kepada duta jarak selamat, pegawai penguatkuasaan atau pegawai polis.

Jumaat lalu, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menjelaskan bahawa pengendali gerai boleh makan di meja berhadapan gerai masing-masing selepas timbul salah faham yang membuatkan mereka takut makan di situ kerana bimbang melanggar undang-undang 'pemutus litar'.

Namun, pengendali gerai ini dinasihatkan agar tidak berkongsi meja atau berhimpun beramai-ramai serta mengamalkan jarak sekurang-kurangnya satu meter daripada satu sama lain, tambah agensi itu.

Dalam pada itu, banyak langkah diambil pemerintah sewaktu tempoh 'pemutus litar' ini demi mengekang penularan Covid-19.

Antaranya ialah menempatkan pekerja asing yang sihat dan tidak bertugas sewaktu tempoh 'pemutus litar' di tempat penginapan terapung.

Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan yang meninjau kediaman yang dibangunkan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dan pengendali terminal di kawasan terpencil sekitar Terminal Tanjong Pagar, berkata:

"Setiap kemudahan ini boleh menampung beberapa ratus penghuni dan boleh diatur sewajarnya bagi memastikan jarak selamat dapat diamalkan. Makanan juga boleh disiapkan dari luar dan dikirimkan kepada kabin pekerja bagi mengurangkan pergaulan mereka."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg