Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dron pengawasan beroperasi secara autonomi dicuba polis

May 18, 2020 | 9:51 AM
Timbalan Superintenden (DSP) Sum Tuck Meng dari jabatan operasi SPF dan ketua unit kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) Home Team menunjukkan dron dan kotak dron itu.
Timbalan Superintenden (DSP) Sum Tuck Meng dari jabatan operasi SPF dan ketua unit kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) Home Team menunjukkan dron dan kotak dron itu. - LIM YAOHUI

SISTEM yang beroperasi sendiri, yang membolehkan dron berlepas dan mendarat, bahkan mengecas semula baterinya sendiri sedang diuji oleh Pasukan Polis Singapura (SPF). Dron itu berada di dalam kotak setinggi 2.2 meter yang dapat dialihkan ke mana sahaja ia perlu dikerahkan. Sistem automasi robot kotak itu memastikan 10 baterinya dicas penuh dan siap dipasang, dan juga melengkapi dron tersebut dengan alat seperti kamera sebelum ia dilancarkan. Perincian operasinya, seperti laluan penerbangan, dapat ditetapkan dan dipantau dari jarak jauh oleh operator di pusat komand di luar lokasi supaya juruterbang tidak perlu berada di lokasi seperti yang biasa dilakukan dengan dron. Kedua-dua kotak dron itu telah dicuba di sebuah estet perindustrian di barat Singapura sejak hujung bulan lalu. Dron itu, selebar 1.79 meter dan seberat sekitar 10 kilogram, memantau kawasan perindustrian itu dan mengurangkan keperluan bagi pegawai rondaan. Terdapat juga rancangan untuk sistem itu diperluas ke kawasan perumahan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg