“
DUA kes dalam masyarakat yang dilaporkan pada Selasa (11 Ogos) merupakan warga Singapura dan dikesan sebagai kontak salah satu kes yang dilaporkan sebelum ini, kata Kementerian Kesihatan (MOH).Mereka merupakan anggota keluarga - lelaki berusia 30 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia satu tahun
“
MOH dalam kenyataannya pada malam Selasa menjelaskan mereka sudah pun dikuarantin dan diuji sewaktu mereka melaporkan diri menghidap simptom. Kededua kes itu merupakan antara 61 kes jangkitan baru yang dilaporkan.Tiga kes pula diimport melibatkan dua pemegang pas kerja dan pemegang pas tanggungan yang tiba di Singapura dari India.
“
Baki 56 kes lain melibatkan pekerja asing yang menetap di dormitori. MOH berkata seramai 22,500 pekerja asing masih sedang menjalani kuarantin dan akan diuji setelah tamat tempoh pengasingan itu. "Kami menjangkakan bilangan kes tetap tinggi dalam beberapa hari yang akan datang ini sebelum ia berkurangan," tambah MOH.

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg