Dua badan seni dapat 'rumah baru' di Wisma Geylang Serai
Premium
Dua badan seni dapat 'rumah baru' di Wisma Geylang Serai
Jan 31, 2019 | 5:30 AM
RENTAK BARU: Orkestra Melayu Singapura (OMS) merupakan antara dua kumpulan memperjuangkan seni dan warisan Melayu yang mendapat 'rumah baru' di Wisma Geylang Serai (WGS). Satu lagi ialah badan tidak mencari keuntungan, Creative Malay Arts and Culture (CMAC), yang bermatlamat memajukan seni dan budaya Melayu. - Foto BH oleh ARIFFIN JAMAR -
ORKESTRA Melayu Singapura (OMS) merupakan antara dua kumpulan memperjuangkan seni dan warisan Melayu yang mendapat 'rumah baru' di Wisma Geylang Serai (WGS).
Kumpulan OMS akan mempunyai studio lebih luas di studio WGS yang terletak di tingkat empat berbanding tempat latihan mereka di Our Tampines Hub (OTH) sekarang.

