Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua beradik lelaki dijel kerana dera teman keluarga kurang cerdas

Jan 7, 2021 | 11:13 PM
Muhammad Iski Ismail (kiri) dijel lapan bulan manakala abangnya Muhammad Iskandar Ismail (kanan) dijel dua bulan empat minggu. -
Muhammad Iski Ismail (kiri) dijel lapan bulan manakala abangnya Muhammad Iskandar Ismail (kanan) dijel dua bulan empat minggu. - - FOTO: KELVIN CHNG

DUA adik-beradik lelaki dijel pada Khamis (7 Jan) atas kesalahan berkaitan penganiayaan terhadap seorang teman keluarga yang mempunyai kelemahan kecerdasan sederhana.

Perbuatan mereka telah menyebabkan mangsa wanita itu dalam keadaan hampir maut.

Muhammad Iskandar Ismail, 32 tahun, dijel dua bulan empat minggu selepas mengaku bersalah atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan kepada mangsa dengan memukul, menumbuk dan membuatnya terjatuh.

Muhammad Iskandar juga mengaku salah atas satu kesalahan memberi kenyataan palsu kepada polis.

Adiknya, Muhammad Iski Ismail, 30 tahun, pula dijel lapan bulan selepas mengaku bersalah terhadap satu tuduhan memberi kenyataan palsu kepada polis serta mengganggu urusan pengadilan, lapor The Straits Times.

Kakak mereka, Haslinda Ismail, 34 tahun, juga telah mengaku bersalah atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja dan satu tuduhan mencederakan jari kaki mangsa itu dengan menggunakan playar hingga ia patah.

Seorang lagi kakak mereka, Hasniza Ismail, 39 tahun, pula mengaku bersalah atas satu tuduhan bagi setiap kesalahan mengurung mangsa secara haram, menyebabkan kecederaan dan mengganggu urusan pengadilan.

Kededua wanita itu akan dijatuhi hukuman pada tarikh kemudian di mana 14 lagi tuduhan akan diambil dalam pertimbangan bagi Haslinda dan tujuh bagi Hasniza.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg