Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua cedera dalam penerbangan Scoot selepas pengecas terbakar

Jan 12, 2023 | 5:30 AM
BANTUAN PERUBATAN DIBERIKAN: Penerbangan Scoot TR993 selamat kembali ke pintu pelepasan dan bantuan perubatan diberikan kepada penumpang yang terjejas. - Foto ZAOBAO
BANTUAN PERUBATAN DIBERIKAN: Penerbangan Scoot TR993 selamat kembali ke pintu pelepasan dan bantuan perubatan diberikan kepada penumpang yang terjejas. - Foto ZAOBAO -

DUA penumpang dalam penerbangan Scoot yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan di Taiwan ke Singapura cedera kelmarin disebabkan kebakaran yang berpunca daripada pengecas mudah alih.

Kedua-dua mereka menaiki penerbangan TR993, yang sepatutnya berlepas pada 7.35 malam kelmarin dan tiba di Singapura sekitar 12.20 pagi keesokan harinya, lapor akhbar Lianhe Zaobao, memetik laporan media setempat.

Anggota bomba segera dikerahkan ke tempat kejadian setelah pihak berkuasa lapangan terbang dimaklumkan kira-kira 7.40 malam.

Pesawat itu kembali ke landasan lapangan terbang dari landasan setelah api dipadamkan.

Video dan gambar yang disebarkan di media sosial menunjukkan sebahagian kabin pesawat dipenuhi asap putih tebal.

Kedua-dua penumpang yang terjejas dilaporkan memilih untuk meneruskan perjalanan setelah pemeriksaan perubatan mendapati mereka tidak perlu rawatan hospital.

Scoot berkata pesawat itu selamat kembali ke pintu pelepasan setelah pengecas mudah alih milik salah seorang penumpang menjadi terlalu panas semasa pesawat belum lagi memulakan penerbangan, lapor The Straits Times.

"Bantuan perubatan telah diberikan kepada pemilik pengecas mudah alih dan temannya, yang mengalami kelecuran kecil di jari mereka.

"Kami mengatur semula penerbangan dan akan menyediakan penumpang yang terjejas dengan penginapan dan makanan.

"Scoot dengan ikhlas memohon maaf atas kejadian itu. Keselamatan pelanggan dan kru kami adalah keutamaan kami.

"Siasatan ke atas kejadian itu sedang dijalankan," tambah Scoot.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg