Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua didakwa langgar arahan jangan keluar rumah

Aug 21, 2021 | 5:30 AM
b513814d-1184-48f5-821d-affe862264d7
-

DUA lelaki didakwa di mahkamah semalam kerana melanggar arahan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN), sekali gus mendedahkan orang lain kepada risiko Covid-19.

Pada 30 April lalu, Thanasegaran Elancharan, 26 tahun, dan Yeo Ee Kai, 25 tahun, tiba di Singapura dari Republik Dominica dan dikenakan SHN dari 30 April hingga 21 Mei.

Dua warga Singapura itu diberitahu seorang pegawai Penguasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) bahawa mereka tidak diizin keluar dari bilik masing-masing di kemudahan khusus itu atau mempunyai tamu sepanjang tempoh SHN.

Mereka kemudian dibawa ke kemudahan khusus yang sama di Orchard dan diberikan bilik berbeza.

Namun pada 11 Mei, Thanasegaran didakwa meninggalkan biliknya beberapa kali dan ditemui di koridor tanpa memakai pelitup.

Mereka didakwa bersetuju agar Thanasegaran berkunjung ke kamar Yeo dan Yeo mengizinkan Thanasegaran masuk ke biliknya. Thanasegaran berada di bilik Yeo selama sekitar satu jam setengah.

Mereka yang didapati melanggar arahan SHN boleh didakwa di bawah Akta Penyakit Berjangkit, Peraturan Penyakit Berjangkit (Perintah Jangan Keluar Rumah Covid-19) 2020, atau kedua-duanya.

Pesalah kali pertama boleh denda hingga $10,000, dipenjara hingga enam bulan atau kedua-duanya.

Orang ramai boleh melaporkan sesiapa yang tidak mematuhi arahan SHN kepada ICA menerusi lamannya atau telefon 6812-5555.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg