Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua dihantar ke hospital dek terhidu asap kebakaran di Redhill Close

Dec 30, 2022 | 5:30 AM
BAHAN MENYALA: Menurut SCDF, siasatan awal menunjukkan api bermula dari bahan menyala di ruang tamu di flat di Blok 89 Redhill Close. - Foto ZAOBAO
BAHAN MENYALA: Menurut SCDF, siasatan awal menunjukkan api bermula dari bahan menyala di ruang tamu di flat di Blok 89 Redhill Close. - Foto ZAOBAO -

DUA orang dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) kerana terhidu asap dari satu kebakaran di sebuah flat di Blok 89 Redhill Close terbakar malam kelmarin.

Mereka adalah antara 30 penduduk yang dipindah dari blok tersebut oleh pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) demi langkah-langkah keselamatan semasa kebakaran itu.

Salah seorang daripada dua orang itu, Cik Faridah Rashid, 50 tahun, memberitahu Berita Harian semalam bahawa pernafasan dan kadar oksigen dalam tubuhnya tidak stabil lalu beliau dihantar ke hospital.

Beliau diperhatikan di SGH hingga empat pagi semalam, tetapi kini sudah keluar hospital dan berada di rumah.

Menurut SCDF, mereka menerima panggilan mengenai kebakaran itu sekitar 8.20 malam.

Semasa BH mengunjungi tempat kejadian semalam, seorang wanita berusia sekitar 30-an tahun sedang mengunci pagar flat terbakar itu.

Beliau, yang merupakan penyewa flat tersebut, enggan memberi maklumat mengenai kebakaran itu, setakat berkata semua penghuni flat tersebut selamat kerana tiada di rumah ketika kebakaran itu.

Tembok flat di tingkat 11 itu dan koridor di situ tidak begitu gelap, membayangkan api tidak mewrebak keluar dari flat tersebut.

Seorang jiran yang ingin dikenali sebagai Encik Casi berkata beliau tiada di rumah ketika kebakaran itu, dan bersyukur tiada sesiapa cedera teruk.

Dalam kenyataannya, SCDF berkata kebakaran itu melibatkan beberapa barang di ruang tamu flat itu, dan api dipadamkan oleh pegawainya menggunakan beg galas berisi busa udara mampat.

Siasatan awal menunjukkan api bermula dari bahan menyala di ruang tamu.

SCDF mengingatkan orang ramai jangan meninggalkan tanpa di-awasi bahan yang dinyalakan seperti puntung rokok, lilin dan kayu api.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg