Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua faktor perlu dipertimbangkan untuk longgar sekatan Covid-19 lagi: Ong Ye Kung

Apr 17, 2022 | 8:19 PM
cb0c17b4-101c-42c0-8fda-6e041b0a83f1
- - Foto fail

TERDAPAT dua faktor yang perlu dipertimbangkan sedang Singapura memikirkan langkah seterusnya dalam pembukaan semula, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada Ahad (17 April).

Yang pertama ialah keseluruhan situasi Covid-19 di sini, dengan pihak berkuasa terus memantau rapat kapasiti hospital dan bilangan kes yang teruk.

Pihak berkuasa juga akan meneliti risiko yang boleh mencetus gelombang jangkitan yang seterusnya, seperti varian baru yang menjadi keprihatinan.

"Ia berkenaan tindakan mengimbangi dua pertimbangan itu, walaupun sedang kami mengambil langkah selanjutnya," kata Encik Ong, yang merupakan pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19.

Beliau menarik perhatian kes Covid-19 terus merosot, walaupun Singapura telah melonggarkan sekatan dengan ketara pada bulan lalu.

Sebarang pelonggaran lanjut akan dilakukan dalam lima perkara: saiz kumpulan, pemakaian pelitup, peraturan tempat kerja, penjarakan selamat dan had kapasiti.

"Saya fikir pendekatan kami adalah sentiasa tidak melampaui batas

"Sentiasa lakukan sesuatu dengan cara yang sederhana; sentiasa berhati-hati. Itu sentiasa menjadi pendekatan kami dan ia telah memberi manfaat kepada kami," kata Encik Ong.

Beliau berkata demikian di luar acara kemasyarakatan di kawasan Sembawang, di mana beliau membantu mengagihkan habuan kepada penduduk menjelang sambutan Hari Raya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg