Dua kereta terbakar dalam insiden berasingan di Bugis dan Hougang
Dua kereta terbakar dalam insiden berasingan di Bugis dan Hougang
Dua kereta terbakar dalam insiden berasingan di Bugis dan Hougang
DUA kereta, termasuk sebuah Alfa Romeo, terbakar dalam dua insiden berasingan malam semalam.
Dalam insiden pertama, sebuah kereta di Bugis terbakar di Tan Quee Lan Street sekitar 7 malam. Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan mengenai kes tersebut pada 7.30 malam dan mengerahkan dua kereta bomba dan dua motosikal bomba ke tempat kejadian.
Api berjaya dipadamkan oleh masyarakat awam menggunakan pemadam api sebelum SCDF tiba, menurut jurucakap tersebut.
Dalam insiden berasingan, sebuah kereta Alfa Romeo terbakar di Hougang sekitar 8 malam pada hari yang sama.
Menurut SCDF mereka bertindak terhadap kebakaran tersebut di persimpangan Upper Serangoon Road dan Hougang Avenue 4.
Kebakaran tersebut melibatkan kompartmen enjin, dan dipadamkan oleh pegawai SCDF menggunakan dua pek buih padat dan jet air, menurut jurucakap.
Menurut akhbar Shin Min, keluarga tiga orang anggota sedang memandu ke arah Hougang Avenue 4 apabila asap mula keluar dari bahagian depan kereta.

