Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua lagi buku karya Mohd Latiff Mohd dalam bahasa Inggeris diterbitkan

Nov 13, 2017 | 5:30 AM
KERJASAMA PELBAGAI PIHAK: Terjemahan karya Mohd Latiff Mohd berjudul 'Lost Nostalgia' oleh Dr Nazry (tengah) dan 'A Crackle of Flames, A Circle of Rainbow' dilancar sempena SWF. Encik Tan (kiri) mengetengahkan karya tersebut kepada penerbit Ethos Books, yang diwakili Encik Ng Kah Gay (kanan). - Foto ETHOS BOOKS
KERJASAMA PELBAGAI PIHAK: Terjemahan karya Mohd Latiff Mohd berjudul 'Lost Nostalgia' oleh Dr Nazry (tengah) dan 'A Crackle of Flames, A Circle of Rainbow' dilancar sempena SWF. Encik Tan (kiri) mengetengahkan karya tersebut kepada penerbit Ethos Books, yang diwakili Encik Ng Kah Gay (kanan). - Foto ETHOS BOOKS -

KARYA sasterawan Mohamed Latiff Mohamed telah diterjemahkan lagi ke bahasa Inggeris melalui dua buku berupa koleksi cerpen dan sajak.

Himpunan cerpen berjudul Lost Nostalgia ($19.90) diterjemah pengkritik sastera dan pensyarah Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) Dr Nazry Bahrawi. Buku itu mengandungi cerpen mengisahkan kehidupan, agama dan keluarga.

Buku puisi berjudul A Crackle of Flames, A Circle of Rainbow ($17.12) pula terjemahan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Profesor Zakaria Ali, dan editor, penulis dan penterjemah Muhammad Herwanto Johari.

Karya tersebut ditulis penerima Pingat Budaya itu antara 1960- hingga 1980-an.

Buku-buku terbitan Ethos Books itu dilancar di The Arts House Rabu lalu sempena Pesta Penulis Singapura (SWF).

Sebelum ini, dua novel Encik Latiff pernah diterjemah ke bahasa Inggeris - Confrontation (2013) dan The Widower (2015).

Pengasas bersama badan bukan mencari untung The Select Centre, Encik Tan Dan Feng, yang mengetengahkan karya penerima Anugerah Tun Seri Lanang itu kepada penerbitnya September lalu, berkata penghasilan dua buku itu mercu tanda sastera negara.

"Karyanya mempunyai hubungan dengan rakyat Singapura daripada semua kaum, membolehkan kita lebih memahami negara dan diri kita," kata Encik Tan.

Menurut Ethos Books, penterjemahan karya Encik Latiff menghidupkan budaya penting dalam sejarah pascaperang yang dilalui masyarakat Melayu Singapura.

Dr Nazry pula berkata keupayaan Encik Latiff mencerminkan pahit maung masyarakat boleh dirasai sesiapa, walaupun bukan Melayu.

Dua buku itu boleh dibeli melalui laman www.ethosbooks.com.sg, gedung buku Kinokuniya dan kedai buku utama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg