Dua lelaki atas tuduhan gangguan ‘Ah Long’ dibawa ke lokasi kejadian di Towner Road
Dua lelaki atas tuduhan gangguan ‘Ah Long’ dibawa ke lokasi kejadian di Towner Road
Kurang seminggu selepas dua warga China didakwa bertindak bagi pemiutang haman haram mengganggu penghuni sebuah flat di Towner Road, mereka dibawa semula ke lokasi kejadian oleh polis.
Pada 25 Januari sekitar 10 malam, Li Zhihong, 41 tahun, dan Liu Xuetao, 42 tahun, didakwa mengunci pintu utama flat dengan kunci basikal dan menulis nota kepada penghutang dengan dakwat biru di dinding sebelah pintu tersebut.
Mereka ditangkap keesokan harinya selepas pegawai dari Divisyen Polis Tengah mengenal pasti mereka menggunakan rakaman daripada kamera polis, lapor The Straits Times.
Pada 28 Januari, mereka didakwa di mahkamah dengan satu pertuduhan setiap seorang atas gangguan ‘Ah Long’.
Li dan Liu dipercayai turut terlibat dalam kes gangguan ‘Ah Long lain, termasuk di Everton Park, kata polis dalam kenyataan akhbar sebelum ini.
Pada 31 Januari sekitar 11 pagi, pegawai polis mengiringi kededua lelaki ke kolong blok 105 Towner Road, berhampiran stesen MRT Boon Keng.
Kaki dan pergelangan tangan mereka dibelenggu, dan percakapan mereka dengan pegawai polis dalam bahasa Mandarin dapat didengar.
Li, yang memakai cermin mata, dibawa menggunakan lif ke kawasan luar flat di tempat kejadian berkenaan. Dia bercakap dengan pegawai, berdiri berhampiran dinding tempat hutang dengan nama mangsa masih kelihatan.
Li dan Liu akan dihadapkan ke mahkamah pada 4 Februari untuk sebutan lanjut kes mereka.
Bagi pesalah pertama kali, kesalahan gangguan ‘Ah Long’ boleh didenda antara $5,000 dengan $50,000, dengan hukuman penjara sehingga lima tahun dan enam sebatan rotan.

