Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua lokasi jadi pilihan pusat peringatan perintis

Mar 14, 2016 | 11:31 AM
DUA PILIHAN: Taman Fort Canning dan taman bunga bahagian timur, Gardens by the Bay, merupakan dua lokasi yang dianggap sesuai untuk dibangunkan sebagai Pusat Peringatan Perintis. - Foto
DUA PILIHAN: Taman Fort Canning dan taman bunga bahagian timur, Gardens by the Bay, merupakan dua lokasi yang dianggap sesuai untuk dibangunkan sebagai Pusat Peringatan Perintis. - Foto - The Straits Times

JAWATANKUASA yang bertanggungjawab melakar konsep pusat peringatan perintis Singapura telah mengenalpasti dua tapak sesuai - Taman Fort Canning dan bahagian timur taman bunga Gardens by the Bay.

Jawatankuasa Peringatan Perintis, yang dipimpin pengerusi Esplanade, Encik Lee Tzu Yang, dalam sidang akhbar pagi ini mengumumkan hasil pencarian mereka selepas empat bulan mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai perkara itu.

Ia menyarankan agar kesepakatan yang ada membawa kepada pembangunan sebuah pusat peringatan yang "berteras nilai dan memandang ke hadapan", agar ia menjadi daya pendorong untuk generasi hari muka.

Tumpuan bagi peringatan itu haruslah terhadap nilai dan harapan yang terkandung dalam Ikrar Negara, kata jawatankuasa itu.

"Kami rasa terdorong dengan pandangan ramai warga Singapura yang terlibat dalam perbincangan ini menerusi pelbagai saluran," kata Encik Lee.

"Kami tahu kami boleh memanfaatkan segala perspektif yang dibincangkan untuk idea-idea bagi sebuah pusat peringatan untuk memberi inspirasi kepada generasi hari ini dan masa depan Singapura," ujarnya lagi.

Antara syarat bagi pemilihan tapak pusat peringatan ini ialah, ia mesti mudah dikunjungi dan ia turut meliputi ruang sivik bagi membolehkan individu meraih iktibar dan program untuk kumpulan, selain kekal relevan untuk generasi masa depan.

Ia juga perlu mengadakan rangkaian dan memanfaatkan muzium dan pengumpulan bahan sejarah, termasuk mercu tanda, demi memperkaya pengalaman warga Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg