Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua menteri S'pura hadiri Rumah Terbuka Sultan Johor sempena Lebaran

Apr 22, 2023 | 6:00 PM
RAKAMAN KENANGAN: Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu (paling kiri) bersama-sama Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng (paling kanan, menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Sultan Johor. Kelihatan kedua-dua mereka bergambar bersama Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (dua dari kanan) dan isteri baginda, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. - Foto
RAKAMAN KENANGAN: Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu (paling kiri) bersama-sama Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng (paling kanan, menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Sultan Johor. Kelihatan kedua-dua mereka bergambar bersama Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (dua dari kanan) dan isteri baginda, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. - Foto - MFA

DUA Menteri Singapura telah menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, di Istana Bukit Serene, yang berlangsung hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu dan Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, menghadiri majlis tersebut.

Semasa kunjungan itu, Cik Fu dan Dr Tan mengadakan pertemuan bersama dan diikuti dengan makan tengah hari bersama Sultan, Permaisuri Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, dan ahli kerabat diraja.

Menurut MFA, lawatan ini menandakan kembalinya tradisi tahunan para pemimpin Singapura menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Sultan Johor, berikutan penangguhan selama tiga tahun semasa pandemik Covid-19.

"Ia juga merupakan yang terbaru dalam siri pertukaran peringkat tinggi antara Singapura dan Johor sejak sempadan dibuka semula pada April 2022, dan pengesahan semula hubungan yang terjalin lama dan mesra antara Singapura dan Johor," menurut MFA lagi.

Kedua-dua menteri negara ini diiringi oleh para pegawai dari MFA, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), dan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg