Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua motosikal elektrik pertama SingPost dilancar

Feb 7, 2023 | 5:30 AM
MUDAH GANTI: Seorang pekerja penghantaran SingPost kelihatan mengeluarkan bateri motosikal elektrik baru dilancarkan semalam dalam satu percubaan motosikal dilengkapi teknologi mudah ganti bateri. - Foto ST
MUDAH GANTI: Seorang pekerja penghantaran SingPost kelihatan mengeluarkan bateri motosikal elektrik baru dilancarkan semalam dalam satu percubaan motosikal dilengkapi teknologi mudah ganti bateri. - Foto ST -

DUA motosikal elektrik pertama dilengkapi teknologi bateri yang boleh diganti telah dilancarkan semalam dalam satu percubaan berlangsung tiga bulan untuk menjalankan kerja penghantaran surat oleh Singapore Post (SingPost).

Kenderaan elektrik itu akan menghantar surat di District 9 dan 10 merangkumi kawasan seperti Newton, Orchard Tanglin dan Bukit Timah, lapor The Straits Times.

Dengan dilengkapi ciri mudah ganti bateri yang sudah diguna dengan bateri baru dicas, ia membolehkan motosikal elektrik itu sentiasa bergerak kerana ia tidak perlu dilengkapi dengan pengecas sepanjang beberapa jam untuk memulihkan baterinya semula.

Dengan bateri baru yang boleh diganti dalam lebih kurang tiga minit bermakna motosikal itu secara amnya tidak perlu berhenti dan berehat sementara dicas.

Motosikal berkenaan, bekalan bateri serta peralatan penyimpanan dan pengecas dibekalkan Mo Batteries, sebuah syarikat tempatan yang menawarkan khidmat khusus dalam pengurusan motosikal elektrik.

Ini merupakan percubaan pertama di jalan raya bagi kenderaan elektrik yang mempunyai teknologi mudah ganti bateri itu sejak syarikat tersebut menerima izin oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada September tahun lalu.

Permit itu sah sepanjang 12 bulan.

Setiap motosikal menerima tenaga daripada dua bateri di mana setiap bateri boleh mengambil sehingga lima jam untuk dicas penuh.

Bateri itu boleh dicas di kemudahan Mo Batteries di Commonwealth Avenue dan kemudian akan dihantar ke SingPost.

Encik Tom Streitberg, pengasas bersama Mo Batteries, menjelaskan bahawa syarikat itu memutuskan untuk menawarkan kaedah mengecas bateri secara berpusat atau 'centralised' - berbanding mengecas bateri itu di kemudahan SingPost di Kallang - agar dapat mengurangkan hambatan dalam proses itu.

Beliau berkata ia membuatnya lebih mudah untuk melancarkan percubaan tersebut sambil mengekalkan jaminan keselamatan tertinggi sewaktu bateri dicas.

Kemudahan mengecas bateri itu dibangunkan dengan mematuhi piawaian ketat ditetapkan LTA, katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg