DUA orang dibawa ke hospital dan kira-kira 30 penduduk dipindahkan selepas sebuah flat di Redhill Close terbakar pada malam Rabu (28 Disember).

Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada barang yang menyala di ruang tamu.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran di sebuah unit di tingkat 11 Blok 89 Redhill Close pada kira-kira 8.20 malam.

Kandungan di sudut ruang tamu telah terbakar, dan api telah dipadamkan oleh anggota bomba menggunakan beg galas busa udara termampat.

SCDF menggesa orang ramai supaya tidak meninggalkan bahan yang menyala, seperti puntung rokok, lilin dalam cawan besi, lilin dan batang kemenyan yang dinyalakan, tanpa pengawasan.