Premium
Dua panel penasihat dibentuk bagi Wakaf Masyarakat
Panel bakal beri saranan cara gembleng sokongan masyarakat, laksana wakaf
Jun 20, 2020 | 5:30 AM
ENCIK ABU BAKAR MOHD NOR: Pengerusi Panel Penasihat Pakar dan Panel Penasihat Masyarakat Wakaf Masyarakat Singapura. -
DUA panel penasihat telah dibentuk bagi mengemukakan saranan bagaimana untuk menggembleng sokongan masyarakat dan mengendali pelaksanaan Wakaf Masyarakat Singapura (WMS).
Mengumumkan demikian menerusi satu kenyataan semalam, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata kedua-dua panel itu - Panel Penasihat Pakar WMS dan Panel Penasihat Masyarakat WMS - akan dipengerusikan Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Abu Bakar Mohd Nor.

