SALAH satu taman bertema utama di Asia, Universal Studios Singapore (USS), mengecapi pencapaian baru semalam setelah menerima pengunjung yang ke-25 juta.

Dua pengunjung dari Korea Selatan, Cik Eun Ji-Kim dan temannya Cik Seon Mi-Hwang, kededuanya 19 tahun, dijemput watak fiksyen popular seperti Puss in Boots dan Minions.