Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua pembekal tenaga meterai MOU teroka import, bekal hidrogen

Jun 6, 2023 | 5:26 PM
KERJASAMA: City Energy dan Senoko Energy akan meneroka peluang berkaitan hidrogen untuk memenuhi permintaan masa depan bagi kuasa hidrogen di Singapura.
KERJASAMA: City Energy dan Senoko Energy akan meneroka peluang berkaitan hidrogen untuk memenuhi permintaan masa depan bagi kuasa hidrogen di Singapura. - Foto ST

PENGELUAR dan peruncit gas, City Energy, dan pembekal elektrik, Senoko Energy, telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MOU) untuk mengkaji kemungkinan teknikal dan komersial import dan pembekalan hidrogen antara kededua kemudahan syarikat itu di bahagian utara Singapura.

Kededua syarikat tersebut berkata mereka juga akan meneroka peluang berkaitan hidrogen, termasuk hidrogen hijau, untuk memenuhi permintaan masa depan bagi kuasa hidrogen di Singapura, dalam satu pengumuman bersama pada Selasa.

Presiden dan ketua eksekutif Senoko Energy, Encik Eric Maka, berkata penggunaan teknologi berkaitan hidrogen akan menjadi “sangat penting bagi Singapura”, memandangkan bekalan tenaga bersih tempatan yang terhad.

“Melalui usaha kolektif kami, serta kekuatan dan kepakaran kededua syarikat, kami berharap dapat mempercepatkan penggunaan kuasa hidrogen dan membantu mencipta masa depan yang lebih mampan untuk semua,” kata Encik Maka.

Timbalan ketua eksekutif (perancangan dan pembangunan tenaga), Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), Encik Ralph Foong, berkata beliau berbesar hati dengan kerjasama antara City Energy dan Senoko Energy kerana usaha sedemikian adalah penting bagi Singapura mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

City Energy juga sedang meneroka peluang tenaga hidrogen dengan Gentari – cabang tenaga boleh diperbaharui dari Petronas. Kededua syarikat telah menandatangani MOU mengenai kajian kemungkinan hidrogen pada April 2023.

City Energy berkata ia juga bekerjasama dengan institut pengajian tinggi untuk meneroka sumber hidrogen alternatif bagi menyokong Singapura mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

Tambahan, City Energy turut menyertai beberapa rakan kongsi industri pada 2022 untuk menyokong usaha Universiti Teknologi Nanyang (NTU) bagi membangunkan teknologi untuk pengekstrakan hidrogen daripada pembawa hidrogen organik cair.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg