Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua produk teh susu berisi bahan tidak dibenarkan ditarik balik: SFA

Dec 18, 2022 | 5:30 AM
KANDUNGAN BAHAYA: Asid dehidroasetik dikesan dalam dua produk teh susu ini. Asid dehidroasetik bukan bahan tambahan makanan yang dibenarkan di bawah Peraturan Makanan Singapura. - Foto SFA
KANDUNGAN BAHAYA: Asid dehidroasetik dikesan dalam dua produk teh susu ini. Asid dehidroasetik bukan bahan tambahan makanan yang dibenarkan di bawah Peraturan Makanan Singapura. - Foto SFA -

AGENSI Makanan Singapura (SFA) menasihatkan pengguna yang prihatin akan kesihatan mereka agar tidak meminum dua jenis produk teh susu yang diimport dari luar negara.

Ini selepas SFA mengesan asid dehidroasetik dalam produk dari China itu.

Dalam kenyataannya semalam, SFA berkata ia telah mengarahkan syarikat yang membawa masuk minuman itu, Green Olive Group Pte Ltd, supaya menarik balik minuman tersebut - Xiang Piao Piao Muscovado Sugar Mix (Bubble & Red Bean) Milk Tea dan Matcha Mix (Bubble & Raisin) Milk Tea - dari edaran.

Asid dehidroasetik bukan bahan tambahan makanan yang dibenarkan di bawah Peraturan Makanan Singapura.

Bagaimanapun, SFA berkata risiko keselamatan makanan yang dikaitkan dengan pengambilan produk terbabit adalah rendah.

Pengguna boleh menghubungi kedai tempat mereka membeli produk itu bagi pertanyaan lanjut.

Di Singapura, semua bahan tambahan makanan, termasuk pewarna, mesti diluluskan oleh SFA sebelum boleh dimasukkan ke dalam makanan yang dijual di sini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg