SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Dua produk teh susu dengan bahan tambahan terlarang ditarik balik: SFA

Dua produk teh susu dengan bahan tambahan terlarang ditarik balik: SFA

Dec 17, 2022 | 8:32 PM

Dua produk teh susu dengan bahan tambahan terlarang ditarik balik: SFA

Foto FACEBOOK AGENSI MAKANAN SINGAPURA
Foto FACEBOOK AGENSI MAKANAN SINGAPURA -

DUA produk teh susu yang diimport oleh Green Olive Group telah ditarik balik selepas bahan asid dehydroacetic dikesan di dalamnya.

Asid dehydroacetic adalah bahan tambahan makanan yang dilarang di bawah Peraturan Makanan Singapura.

Kedua-dua produk tersebut ialah Teh Susu Campuran Gula (Bubble dan Kacang Merah) Xiang Piao Piao Muscovado, dengan nombor kelompok HZ04L18413 20220926, dan Teh Susu Campuran Matcha (Bubble dan Kismis), dengan nombor kelompok HZ04L18414 20220926.

Kedua-dua produk buatan China.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Agensi Makanan Singapura (SFA) telah mengarahkan pihak pengimport untuk menarik balik produk terbabit. Penarikan balik sedang berlangsung kini.

Walaupun risiko keselamatan makanan yang dikaitkan dengan penggunaan produk adalah rendah, SFA pada Sabtu (17 Disember) menasihatkan pelanggan agar mengelak daripada meminum teh susu ini jika mereka mempunyai kebimbangan.

Mereka juga boleh menghubungi kedai di mana mereka membeli minuman tersebut untuk pertanyaan lanjut.

Di Singapura, semua bahan tambahan makanan, termasuk pewarna, mesti diluluskan oleh SFA sebelum boleh disertakan ke dalam makanan atau minuman yang dijual di sini.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg