Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua sahaja penumpang bagi teksi dan kereta sewa privet mulai Isnin

Sep 25, 2021 | 7:05 PM
Mulai Isnin (27 Sep), teksi dan kereta sewa dan privet hanya boleh membawa dua penumpang. Namun, mereka yang daripada isi rumah yang sama seperti ibu bapa dengan dua anak mereka, masih dibenarkan menaiki teksi atau kereta sewa privet bersama, kata LTA.
Mulai Isnin (27 Sep), teksi dan kereta sewa dan privet hanya boleh membawa dua penumpang. Namun, mereka yang daripada isi rumah yang sama seperti ibu bapa dengan dua anak mereka, masih dibenarkan menaiki teksi atau kereta sewa privet bersama, kata LTA. - - Foto fail

HAD dua orang penumpang bagi teksi dan kereta sewa privet akan diperkenalkan sejajar dengan sekatan terkini yang ditetapkan sedang Singapura memasuki fasa penstabilan mulai Isnin (27 Sept) hingga 24 Oktober bagi mengurangkan kes Covid-19. Pada masa yang sama, khidmat berkongsi kereta akan digantung buat sementara, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan pada Sabtu (25 Sep). LTA berkata langkah tersebut bertujuan mengurangkan interaksi di antara individu daripada isi rumah yang berbeza demi mengurangkan risiko penularan Covid-19 apabila bergerak daripada satu tempat ke satu tempat yang lain. Langkah tersebut diumumkan sehari selepas pasukan bertindak berbilang kementerian Covid-19 mengumumkan sekatan lebih ketara untuk mengekang bilangan kes Covid-19 yang telah meningkat melebihi 1,500 kes dalam beberapa hari ini. Antara lain, orang ramai hanya dibenarkan untuk berhimpun seramai dua orang sahaja dalam satu kumpulan, berbanding lima sebelum ini. Had dua penumpang bagi teksi dan kereta sewa privet itu juga dikenakan bagi penumpang daripada isi rumah berbeza yang bergerak bersama. Mereka yang daripada isi rumah yang sama seperti ibu bapa dengan dua anak mereka, masih dibenarkan menaiki teksi atau kereta sewa privet, kata LTA.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg