Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Dua sesi solat Jumaat di 32 masjid sempena cuti umum Good Friday

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua sesi solat Jumaat di 32 masjid sempena cuti umum Good Friday

Mar 27, 2024 | 02:43 PM



Sebanyak 32 masjid di seluruh negara akan menyediakan dua sesi solat Jumaat pada 29 Mac ini sempena cuti umum Good Friday, dengan kehadiran yang dijangkakan lebih ramai di masjid-masjid, menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) melalui laman web rasmi mereka.

“Oleh sebab kami menjangkakan mungkin akan terdapat lebih ramai orang daripada biasa, sebanyak 32 masjid akan menawarkan dua sesi bagi solat Jumaat pada Good Friday, 29 Mac 2024.

“Semua masjid lain akan mengadakan hanya satu sesi seperti biasa,” menurut Muis.

Bagi masjid yang menawarkan dua sesi solat Jumaat, sesi yang pertama akan bermula pada 1 petang.

Sesi kedua pula akan bermula pada 2 petang kecuali bagi empat masjid – Masjid Al-Istiqamah di Serangoon; Masjid An-Nahdhah di Bishan; Masjid An-Nur di Admiralty dan Masjid Yusof Ishak di Woodlands – yang akan memulakan sesi kedua solat Jumaat pada 2.15 petang.

Sebanyak tujuh masjid juga akan menyediakan ruang bagi Muslimah untuk sesi kedua.

Masjid tersebut ialah Masjid Al-Istiqamah, Masjid Ahmad Ibrahim, Masjid Abdul Gafoor, Masjid Al-Khair, Masjid Ar-Raudhah, Masjid Assyakirin dan Masjid Darussalam.

Tiada tempahan perlu dibuat bagi menunaikan solat Jumaat kecuali bagi Masjid Darul Ghufran yang memerlukan tempahan untuk sesi pertama sahaja.

Untuk membuat tempahan bagi sesi pertama di Masjid Darul Ghufran, individu perlu membuat pendaftaran bagi akaun terdahulu di laman web https://book.masjids.sg/.

Sementara itu, satu tapak sementara bagi Masjid Darul Makmur juga akan disediakan di bekas Sekolah Menengah North View di 530 Yishun Ring Road.

Dua sesi solat akan diadakan di tapak sementara itu, dengan solat diadakan di kawasan kantin sekolah.

Terdapat juga dua pusat rekreasi yang akan menawarkan dua sesi solat – Pusat Rekreasi Tuas South di 12 Tuas South Street 13 dan Pusat Rekreasi Penjuru di 27 Penjuru Walk.

Sementara itu, sebanyak 36 masjid akan menawarkan hanya satu sesi solat Jumaat.

Tiga pusat rekreasi juga akan menawarkan satu sesi solat Jumaat – Pusat Rekreasi Kranji di 11 Kranji Cl; Pusat Rekreasi Cochrane di 100 Sembawang Dr dan Pusat Rekreasi Terusan di 1 Jalan Papan.

Dalam usaha mengelakkan kesesakan di masjid semasa solat Jumaat sempena hari cuti Good Friday ini, Masjid Alkaff Kampung Melayu telah memuat naik video sketsa kreatif di laman media sosial mereka.

Video itu menampilkan seorang anak muda yang terburu-buru ke masjid untuk melakukan sesi pertama solat Jumaat manakala seorang pak cik bernama Encik Salleh, atau digelar Cik Lek, pula ‘rileks’ sahaja berjalan kaki ke masjid bagi sesi kedua.

Menulis di kapsyen bagi video tersebut, Masjid Alkaff Kampung Melayu berkata:

“Untuk keselesaan jemaah, rilek sahaja seperti Cik Lek dan hadiri sesi kedua solat Jumaat.


“Jangan bimbang, masjid tak lari! Oleh itu, rancang solat Jumaat anda dengan baik dan rileks. Jangan tergesa-gesa! Jangan marah-marah dan tenang-tenang sahaja, lagi sekarang tengah bulan puasa. Kami lek-lek je okey!”


32 Masjid Tawarkan Dua Sesi Solat Jumaat Pada 29 Mac


[ο] Masjid Assyafaah 


[ο] Masjid Al-Istiqamah *#


[ο] Masjid Al-Muttaqin


[ο] Masjid Ahmad Ibrahim #


[ο] Masjid An-Nahdhah*


[ο] Masjid An-Nur*


[ο] Masjid En-Naeem


[ο] Masjid Haji Yusoff


[ο] Masjid Petempatan Melayu Sembawang


[ο] Tapak Sementara Masjid Darul Makmur (butiran di bawah)


[ο] Masjid Yusof Ishak*


[ο] Masjid Abdul Gafoor #


[ο] Masjid Angullia


[ο] Masjid  Al-Mawaddah


[ο] Masjid Al-Ansar


[ο] Masjid Al-Islah


[ο] Masjid Al-Istighfar


[ο] Masjid Alkaff Kampung Melayu


[ο] Masjid  Al-Taqua


[ο] Masjid Haji Mohd Salleh (Geylang)


[ο] Masjid Darul Ghufran (Tempahan diperlukan untuk sesi pertama sahaja)


[ο] Masjid Sallim Mattar


[ο] Masjid Al-Firdaus


[ο] Masjid Al-Iman


[ο] Masjid Al-Khair #


[ο] Masjid Ar-Raudhah #


[ο] Masjid Assyakirin #


[ο] Masjid Darussalam #


[ο] Masjid Hasanah


[ο] Masjid  Pusara Aman


[ο] Masjid Al-Mukminin


[ο] Masjid Maarof


*Sesi kedua bermula pada 2.15 petang


# Ruang untuk Muslimah disediakan untuk sesi kedua


Nota: Tapak sementara Masjid Darul Makmur disediakan di bekas Sekolah Menengah North View di 530 Yishun Ring Road.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >