Dua stesen MRT baru dalam rangka Pelan Induk Pengangkutan Darat
Premium
Dua stesen MRT baru dalam rangka Pelan Induk Pengangkutan Darat
May 26, 2019 | 5:30 AM
NAIK BAS: (Dari kiri) Anggota Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (Pengangkutan), Encik Lim Biow Chuan; Dr Janil Puthucheary; Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Kesihatan), Dr Lam Pin Min; dan setiausaha eksekutif Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU), Encik Melvin Yong; menaiki bas 'Happy Ride', sempena pelancaran Pelan Pengangkutan Darat 2040. - Foto-foto CMG, fail -
MENJELANG 2040, penduduk Singapura akan mengambil masa hanya 45 minit dari rumah ke pusat bandar dan 20 minit ke manamana sahaja di bandar kejiranan mereka.
Ini merupakan antara matlamat Pelan Induk Pengangkutan Darat (LTMP) 2040, yang diumumkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bagi menjadikan perjalanan darat lebih mudah dan lancar.

