Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua suspek warga S'pura terlibat dalam pertikaian di Linkedua Tuas ditahan polis Malaysia

Jul 15, 2022 | 3:22 PM
-

DUA warga Singapura yang terlibat dalam satu insiden pertikaian jalan raya di Linkedua Tuas hujung minggu lalu telah diberkas polis Malaysia.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Rahmat Ariffin, dalam satu kenyataan Jumaat (15 Julai) berkata bahawa seorang lelaki dan seorang wanita - kededuanya warga Singapura - telah diberkas Khamis malam (14 Julai) di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Sultan Abu Bakar.

Ini merupakan pusat pemeriksaan Malaysia di Linkedua.

Polis Malaysia sebelum ini menyatakan bahawa mereka sedang mencari pasangan itu kerana melakukan perbuatan khianat. Kenyataan itu menambah, kededua suspek itu mengakui yang mereka dalam insiden terbabit dan dipercayai berasa marah selepas kereta mereka dihadang dan bergesel dengan sebuah kereta lain.

Sebelum ini wanita itu dirakam dalam video menarik nombor pendaftaran sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam, yang bergesel dengan kereta sedan Kia berwarna merah yang dinaikinya.

Dia kemudian membaling nombor pendaftaran kenderaan itu ke arah cermin hadapan kereta Toyota itu. Wanita itu lalu cuba menghalang kereta tersebut daripada bergerak, sebelum seorang lelaki membuat isyarat lucah ke arah kereta Toyota itu. Rakaman video itu kemudian menjadi viral.

Pasukan Polis Singapura (SPF) kemudian menyatakan satu laporan berasingan atas dakwaan mengganggu wanita itu serta keluarganya.

Satu laporan akhbar Berita Harian Malaysia (BHM) pula memetik ACP Rahmat sebagai berkata: "Kededua suspek masing-masing berusia 46 dan 18 tahun itu turut mengaku terbabit dalam kes khianat berkenaan sebelum ditahan untuk siasatan.

"Kedua-dua suspek direman sehari bermula hari ini (15 Julai). "Menerusi maklumat awal, suspek dipercayai tidak berpuas hati kerana kenderaannya dihalang serta bergesel dengan kenderaan mangsa ketika kejadian."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg