DUA syarikat pembinaan didenda sejumlah $77,000 kerana menyebabkan kerosakan serius kepada paip utama bagi air yang boleh diminum, menyebabkan kerugian air menyamai tiga kolam renang Olimpik.

Agensi air negara, PUB, berkata dalam satu kenyataan hari ini (3 Jan) bahawa HSC Pipeline Engineering didenda $47,000 manakala SNK Engineering & Trading didenda $30,000 bagi kerosakan itu.

Kededua syarikat didapati bersalah Ogos lalu.

Agensi itu berkata kedua-dua kes tersebut menyebabkan kerugian air lebih 6,400 meter padu, atau hampir tiga kolam renang Olimpik.