Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Dua termasuk pelajar maktab rendah maut akibat nahas libatkan enam kenderaan di Tampines

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua termasuk pelajar maktab rendah maut akibat nahas libatkan enam kenderaan di Tampines

Apr 22, 2024 | 04:13 PM



Sekurang-kurangnya dua orang terkorban akibat nahas jalan raya yang melibatkan enam kenderaan di persimpangan antara Tampines Avenue 1 dan Tampines Avenue 4 pada 22 April.

Salah seorang mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Allahyarhamha Norzihan Juwahib, 57 tahun.

Dalam satu hantaran oleh pengguna Facebook, Salimi Juwahib, pada 22 April, beliau mengesahkan salah seorang mangsa yang terkorban merupakan adiknya “yang telah kembali ke rahmatullah dalam kemalangan pagi tadi”.







Difahamkan seorang lagi mangsa yang terkorban ialah Allahyarhamha Afifah Munirah Muhammad Azril, pelajar tahun pertama Maktab Rendah Temasek (TJC) yang berusia 17 tahun.

Arwah dikatakan penumpang kereta hitam yang terbalik – bapanya, yang difahamkan pemandu kenderaan, dikatakan masih mendapatkan rawatan di hospital.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan lapan orang dikejarkan ke hospital – empat ke Hospital Besar Changi (CGH), dua ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dan dua ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).


SCDF berkata ia menerima panggilan mengenai nahas tersebut pada 7.07 pagi.

Seorang mangsa terlantar di jalan raya dengan salah satu kaki terperangkap di bawah roda kereta dengan SCDF menggunakan peralatan hidraulik untuk membebaskan kaki mangsa tersebut, tambah SCDF.

Beberapa orang awam, termasuk seorang jururawat dan dua pegawai SCDF yang tidak bertugas, memberikan bantuan kepada mangsa yang cedera selepas kemalangan itu, jelas SCDF.

Daripada video dan gambar yang dimuat naik di media sosial berkenaan lokasi kejadian, dapat dilihat kereta hitam terbalik di persimpangan jalan.

Satu lagi kereta berwarna hitam dilihat remuk teruk, dengan cermin depan kereta berkecai.

Menukil laporan The Straits Times (ST), seorang saksi dalam lingkungan usia 40-an menyatakan enam kenderaan dikatakan terlibat dalam nahas itu.


Ini termasuk kenderaan yang terbalik dan satu lagi kereta yang melanggar palang lampu, bas mini dan van.

Beliau menambah satu lagi kereta melanggar pengadang jalan raya.

Dalam satu respons kepada BH, polis menyatakan ia telah dimaklumkan tentang kemalangan di lokasi terbabit melibatkan empat kereta, sebuah van dan sebuah bas mini pada 7.05 pagi.


Kenyataan itu menambah tiga pemandu lelaki berusia antara 42 dengan 48 tahun, pemandu van berusia 64 tahun, penumpang bas mini berusia 11 tahun dan penumpang sebuah kereta berusia 11 tahun dikejarkan ke hospital dalam keadaan sedar.

“Seorang penumpang kereta, wanita berusia 17 tahun, dan penumpang van, wanita berusia 57 tahun, dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedar, di mana mereka kemudian meninggal dunia,” kata polis.

Polis turut menyatakan pemandu kereta, wanita berusia 42 tahun, dan penumpang van, lelaki berusia 39 tahun, mendapatkan rawatan di hospital secara sendiri.

“Pemandu kereta, lelaki berusia 42 tahun, yang dikejarkan ke hospital sedang membantu dalam siasatan,” kata polis sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >