Dua warga S'pura antara 29 kes import baru Covid-19

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dua warga S'pura antara 29 kes import baru Covid-19

Feb 1, 2021 | 11:27 PM

Dua warga S'pura antara 29 kes import baru Covid-19

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
MOH berkata, secara keseluruhan, jumlah kes dalam masyarakat telah turun dari 13 kes pada minggu sebelumnya kepada tiga kes minggu lalu. - Foto fail
MOH berkata, secara keseluruhan, jumlah kes dalam masyarakat telah turun dari 13 kes pada minggu sebelumnya kepada tiga kes minggu lalu. - Foto fail -

SINGAPURA melaporkan 29 kes import Covid-19 baru pada Isnin (1 Feb), yang sudah pun diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di sini.

Namun tiada kes baru masyarakat dilaporkan, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Menurut MOH, daripada 29 kes import itu, 26 merupakan asimptomatik dan dikesan melalui pemeriksaan dan pengawasan proaktif.

Dua daripada mereka merupakan warga Singapura dan tiga penduduk tetap (PR) yang pulang dari India dan Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Individu lain yang telah diberi SHN tiba di sini dari India, UAE, Indonesia, Myanmar dan Italy.

MOH berkata, secara keseluruhan, jumlah kes dalam masyarakat telah turun dari 13 kes pada minggu sebelumnya kepada tiga kes minggu lalu.

Jumlah kes yang tidak berkait juga turun daripada tiga kes pada minggu sebelumnya kepada dua kes minggu lalu.

Daripada 213 kes yang telah disahkan dari 26 Januari hingga hari ini, 116 kes telah diuji positif melalui ujian serologi mereka, 32 diuji negatif dan lagi 65 masih menunggu hasil ujian mereka.

MOH berkata lagi 43 individu telah dibenarkan pulang ke rumah dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, dengan 59,271 individu telah pulih daripada koronavirus tersebut.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg