Dulu abai kesihatan, kini lebih waspada akibat angin ahmar
Premium
Dulu abai kesihatan, kini lebih waspada akibat angin ahmar
Masalah kesihatan seperti angin ahmar boleh menjejas rutin harian dan mengubah gaya hidup secara mendadak. Namun, dua pesakit angin ahmar membuktikan bahawa dengan keazaman dan ketabahan, setiap cabaran dapat diharungi. BERITA HARIAN menyorot apa yang mereka lalui.
Dec 4, 2023 | 5:30 AM
Seandainya Encik Amirrudin Amari, 37 tahun, lebih bertanggungjawab dengan mematuhi arahan mengambil ubat yang ditetapkan, mungkin beliau dapat mengurangkan risiko diserang angin ahmar.
Pada penghujung September 2022, sekitar 12.30 tengah hari, Encik Amirrudin terjaga daripada tidur dengan rasa tidak menentu. Beliau merasa seolah-olah wajahnya kendur dan rasa lemah di seluruh bahagian kirinya.
Laporan berkaitan
Kembali pulih selepas serangan angin ahmarNov 1, 2023 | 4:29 PM
Akibat strok, bekas pembahas hadapi cabaran bertutur Oct 29, 2023 | 4:28 PM

