SELAMA lima tahun, keluarga Cik Siti Noor Mastura terpaksa berpindah-randah sebanyak 11 kali. Ini kerana setelah ibu bapanya bercerai mereka menghadapi masalah memiliki kediaman tetap. Dek kerap berpindah, baju dan barangan peribadi mereka semua disimpan dalam beg plastik.

Mereka juga pernah menetap di rumah sewa sementara, namun keadaan Cik Noor Mastura, 26 tahun, dan keluarganya masih mencabar.