Topic followed successfully
Go to BHkuDulu 'kaki ponteng', kini pelajar cemerlang
Premium
Dulu 'kaki ponteng', kini pelajar cemerlang
Pelajar ITE antara tujuh anak Melayu yang terima biasiswa Singapore Power Nithiah Nandan
Mar 19, 2014 | 6:00 AM
Dulu 'kaki ponteng', kini pelajar cemerlang
BERJAYA WALAU HADAPI CABARAN: Cik Nurfadilah dan Encik Mohamed Farhan antara penerima Biasiswa ITE dan Politeknik Singapore Power (SP) Nithiah Nandan, yang diberikan buat kali pertama. - Foto TUKIMAN WARJI -
DAHULU, Encik Mohamed Farhan Mohamed Rafi sering ponteng sekolah sehingga pernah meraih kurang daripada satu mata Gred Purata Mata (GPA). Mata penuh GPA ialah empat. Akhirnya, beliau berhenti sekolah.
Namun kini, anak kedua daripada keluarga tiga beradik itu bukan sahaja bakal tamat pengajian di Institut Pendidikan Teknikal (ITE), bahkan berjaya meraih biasiswa.

