DARIPADA seorang pelajar tercicir, kini Encik Reif Othman, 40 tahun, kini kian mengukir nama sebagai cef yang dikenali di luar negara.

Malah, beliau pernah berkhidmat di beberapa tempat terkemuka termasuk hotel mewah Dubai, Burj Al Arab.

"Ketika berada di menengah dua, minat saya untuk belajar sudah hilang. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk berhenti sekolah,"ceritanya.

Namun, titik permulaan kejayaan Encik Reif berlaku ketika beliau berusia 16 tahun.

"Dua tahun setelah berhenti sekolah, saya menyedari bahawa saya tidak boleh hidup seperti itu. Saya perlu melakukan sesuatu demi masa hadapan sendiri.

"Oleh itu, saya mula bekerja di beberapa restoran di Singapura berbekalkan ilmu memasak yang diraih ketika saya menolong ibu menjual nasi padang," katanya.

Kini, Encik Reif merupakan rakan kongsi restoran Twiga Sumosan, bersama seorang jutawan Italy, Flavio Briatore. Mereka mempunyai beberapa cawangan restoran di London, Monaco dan Dubai.

Laporan lanjut:

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti