Premium
Dulu suri rumah, kini wakil S'pura dalam pidato dunia
Jul 2, 2018 | 5:30 AM
MUNCUL JUARA: Cik Wiwiek muncul juara peraduan berpidato Toastmaster di peringkat nasional. (Kiri) ialah Encik Manoj Vasudevan, juara tahun lalu dan (kanan) ialah Encik Mohamed Al-Qahtani, juara antarabangsa 2015 dari Arab Saudi. - Foto WIWIEK NAJIHAH HAIRUDIN -
HANYA kurang setahun Cik Wiwiek Najihah Hairudin memutuskan menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, beliau sudah merasakan kehilangan keyakinan diri dan kemahiran bersosial.
Ini sehinggakan bekas pegawai kaunseling itu tidak mampu melahirkan pendapatnya apabila seseorang meminta pandangannya.

