Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dulu tak minat, sekarang berkhidmat

May 24, 2023 | 8:00 PM
BERMINAT UNTUK BERKHIDMAT: Cik Nur Asyikin Hamzah merupakan salah seorang daripada 6,158 pegawai di Home Team yang dinaikkan pangkat secara rasmi semasa majlis kenaikan pangkat Home Team pada Rabu.
BERMINAT UNTUK BERKHIDMAT: Cik Nur Asyikin Hamzah merupakan salah seorang daripada 6,158 pegawai di Home Team yang dinaikkan pangkat secara rasmi semasa majlis kenaikan pangkat Home Team pada Rabu. - Foto Zaobao

BAGI Cik Nur Asyikin Hamzah, membina kerjaya sekitar sedekad di Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) adalah di luar jangkaannya kerana beliau tidak pernah menaruh harapan bekerja di sana semasa muda.

Dihubungi Berita Harian (BH), Cik Nur Asyikin, 38 tahun, yang kini merupakan Penolong Pengarah Kanan di Jabatan Perancangan Pemulihan berkata, minatnya membina kerjaya dalam pasukan berseragam bermula apabila beliau menonton drama jenayah seperti Criminal Minds.

Beliau mula bekerja sebagai pegawai penyelidikan di SPS pada 2005.

Minatnya berputik apabila beliau mempelajari dengan lebih mendalam tentang sistem penjara ketika beliau bertugas sebagai seorang pegawai penyelidik.

“Sewaktu bertugas, saya ingat bagaimana proses atau program dijalankan dalam penjara dan bagaimana ia dapat menyumbang kepada pemulihan pesalah dalam penjara.

“Sebagai seorang individu yang mempunyai latar belakang psikologi, ia juga menarik bagi saya untuk pelajari tentang bagaimana pesalah dalam penjara bertindak balas atau menerima program-program yang ditawarkan untuk mereka.

“Boleh katakan dari situ saya berfikir untuk meneruskan kerjaya di SPS,” jelas lulusan Sarjana Muda Universiti Monash, Melbourne, Australia.

Cik Nur Asyikin merupakan antara 6,158 pegawai Home Team yang dinaikkan pangkat tahun ini, yang dirasmikan di majlis kenaikan pangkat Home Team pada Rabu.

Buat masa ini, beliau mempunyai peranan penting dalam reka bentuk dasar, perancangan dan pelaksanaan intervensi dan penilaian pemulihan melibatkan semua populasi pesalah.

Cik Asyiqin, yang juga ibu dua orang anak memimpin sembilan pasukan dengan sekitar 150 kakitangan.

Sepanjang masanya bersama SPS, Cik Asyiqin yang juga lulusan Sarjana dalam Kaunseling, banyak berusaha untuk memperbaiki khidmat yang ditawarkan oleh pegawai SPS kepada pesalah.

Ini termasuk melatih kakitangan pegawai penjara tentang pendekatan pembetulan jantina terutama bagi pesalah wanita melalui projek EMA (Empati, Kebersamaan dan Penegasan) dan EMI (Pendidikan, Pemodelan dan Interaksi) pada 2017.

“Kebanyakan sumber pengetahuan yang ada bagi kakitangan kami adalah khususnya untuk golongan pesalah lelaki kerana mereka merupakan sebahagian besar daripada pesalah berbanding wanita,” katanya.

“Melalui kempen ini, ia memberi kami peluang untuk menyemak semula cara kita mendekati dan membantu pesalah wanita untuk menjalani usaha pemulihan,” tambahnya.

Dalam masa akan datang Cik Asyiqin berharap dapat terus menyumbang kepada masyarakat dan memperkukuh pendekatan kakitangan SPS dengan pesalah dengan menawarkan program yang sesuai bagi setiap pesalah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg