Dulu tidak pasti arah kerjaya, kini duta pertama aplikasi Canva di S’pura
Pengguna Berdaftar
Dulu tidak pasti arah kerjaya, kini duta pertama aplikasi Canva di S’pura
Lulusan pengurusan perniagaan jatuh cinta dengan seni reka bentuk grafik secara tidak sengaja
Sep 11, 2024 | 5:30 AM
Sebagai seorang pereka seni grafik yang belajar sendiri tanpa latihan formal di sekolah, Cik Nurliyana Ahmad, terpaksa memulakan perjalanannya daripada peringkat asas.
Cik Nurliyana, 33 tahun, lulusan ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Institut Teknologi Royal Melbourne (RMIT), mula berjinak-jinak dengan penggunaan aplikasi reka bentuk seperti Photoshop dan Canva, untuk mempelajari selok-belok dunia seni reka bentuk grafik.
Laporan berkaitan
Kerjaya grafik turut dibadai ombak perubahan dunia digitalMay 15, 2023 | 5:14 PM
5 cara GenAI permudah tugas harianOct 18, 2023 | 3:46 PM

