SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Duta Arab Saudi ke S'pura hadiah kiswah kepada Muis

Duta Arab Saudi ke S'pura hadiah kiswah kepada Muis

Jul 30, 2021 | 5:30 AM

Duta Arab Saudi ke S'pura hadiah kiswah kepada Muis

HADIAH DARI SAUDI: Encik Alami (dua dari kanan) menerima kiswah daripada Encik Al Saleh, dalam majlis yang turut dihadiri oleh Encik Masagos (kanan) dan Encik Esa. Ia bagi mengiktiraf khidmat Muis kepada masyarakat Muslim di sini. - Foto MSF
HADIAH DARI SAUDI: Encik Alami (dua dari kanan) menerima kiswah daripada Encik Al Saleh, dalam majlis yang turut dihadiri oleh Encik Masagos (kanan) dan Encik Esa. Ia bagi mengiktiraf khidmat Muis kepada masyarakat Muslim di sini. - Foto MSF -

DUTA Arab Saudi ke Singapura Encik Saad Saleh Al Saleh telah menghadiahkan kiswah kepada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam.

Kiswah itu, yang merupakan kain yang digunakan untuk menyelimuti Kaabah, diberikan kepada Muis bagi pihak Penjaga Dua Masjid, Raja Salman Abdul Aziz Al-Saud, untuk mengiktiraf khidmat Muis kepada masyarakat Muslim di sini.

Encik Al Saleh telah bertemu Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Presiden Muis Mohammad Alami Musa; dan Ketua Eksekutif Muis Esa Masood semalam.

Dalam kenyataannya, Muis berkata Muis dan Kedutaan Saudi bekerjasama rapat dalam pelbagai bidang, termasuk pentadbiran Haji sebelum pandemik, di samping melicinkan proses pemerolehan visa bagi jemaah dari Singapura.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg