Topik diikuti
Pergi ke BHkuDyson rancang bina kilang kereta elektrik di S'pura
Dyson rancang bina kilang kereta elektrik di S'pura
Syarikat teknologi Britain akan turut bekerjasama dengan sekolah setempat bimbing generasi masa depan jurutera Singapura
Dyson rancang bina kilang kereta elektrik di S'pura
BUAT PILIHAN: Pengasas syarikat Dyson, Sir James Dyson, berkata Singapura dipilih sebagai lokasi kilang kereta elektrik yang baru kerana kepakaran Singapura dalam perkilangan lanjutan, ketersambungan global dan serantau serta mutu saintis penyelidik dan jurutera. - Foto DYSON -
Oct 24, 2018 | 5:30 AM
SYARIKAT teknologi Britain, Dyson akan membina kereta elektriknya di Singapura dengan sebuah kemudahan pengilangan automatif baru dijangka siap pada 2020.
Ini menjelang pelancaran kenderaannya yang pertama pada 2021, menurut The Straits Times.