Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dyson rasmikan ibu pejabat global di bangunan St James di Harbourfront

Mar 25, 2022 | 4:48 PM
Singapura merupakan hab utama bagi produk Dyson, termasuk peralatan seperti vakum dan pembentuk fesyen rambut.
Singapura merupakan hab utama bagi produk Dyson, termasuk peralatan seperti vakum dan pembentuk fesyen rambut. - - Foto LIM YAOHUI

SYARIKAT peralatan teknologi Dyson secara rasmi membuka ibu pejabat globalnya di bangunan St James Power Station dekat Harbourfront hari ini (25 Mac).

Syarikat itu juga mengumumkan ia akan melabur hampir $1.5 bilion dalam operasinya di Singapura sepanjang empat tahun mendatang.

Ia juga akan meneruskan rancangan menggajikan 250 lagi jurutera dan saintis di Singapura, sebagai sebahagian rancangan pelaburan global bernilai £2.75 bilion ($5 bilion) yang diumumkan pada 2020.

Ini diumumkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semasa menghadiri perasmian acara itu.

Dalam ucapan beliau di majlis perasmian itu, Encik Lee berkata usaha menarik pelaburan ke Singapura menjadi semakin kritikal dengan sekitaran luar kian mencabar.

Persaingan semakin sengit sedang negara lain mempergiat usaha menarik pelaburan untuk pulih daripada pandemik Covid-19, dan dunia juga melihat ketegangan geopolitik meningkat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg