Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Editor baru bagi akhbar Tamil Murasu mulai 1 Apr

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Editor baru bagi akhbar Tamil Murasu mulai 1 Apr

Mar 01, 2024 | 04:56 PM



Akhbar Tamil Murasu akan mendapat editor baru mulai 1 April, sebagai sebahagian perancangan penggantian kepimpinan SPH Media.


Encik T. Raja Segar, 61 tahun, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Endowmen Hindu (HEB) dan mantan CEO Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda) akan memegang jawatan editor baru di akhbar berbahasa Tamil itu.

Beliau akan menggantikan Encik Jawharilal Rajendran, 66 tahun, yang akan terus berkhidmat sebagai editor konsultan akhbar itu, dan menyelia pelbagai projek khas, menurut The Straits Times (ST).


Encik Raja Segar cukup dikenali masyarakat India tempatan.

Sebagai CEO HEB sejak Julai 2017, Encik Raja mengurus semua fungsi pusat yang menyokong empat kuil Hindu di bawah lembaga tersebut di Singapura, dan rumah peralihan, HEB-Ashram.

Sebelum memegang jawatan di HEB, beliau ialah pengarah perancangan dan penyelarasan strategik di Institut Teknologi Singapura (SIT) dari November 2015 hingga Julai 2017, dan CEO Sinda dari Disember 2009 hingga Jun 2014.

Dari Oktober 1999 hingga Mei 2003, Encik Raja ialah penolong naib presiden di Mediacorp, di mana beliau melancarkan Vasantham Central pada Januari 2000 iaitu, stesen televisyen tempatan yang memenuhi keperluan penduduk India di Singapura.

Beliau juga pernah berkhidmat di Mediacorp TV12, Pusat Pembangunan Pengurusan di Kementerian Pertahanan (Mindef), Institut Pendidikan Teknikal (ITE), dan turut mengajar subjek Ekonomi di Politeknik Nanyang.

Encik Raja menyifatkan penyertaannya ke Tamil Murasu sebagai “peluang baik”, dan satu penghormatan untuk beliau berkhidmat kepada masyarakat Tamil di sini.


“Saya berharap pengalaman daripada pekerjaan saya sebelum ini dan persahabatan yang terjalin dalam masyarakat ini, akan membantu saya menyumbang secara positif kepada pembangunan Tamil Murasu di semua wadah media,” ujar beliau.


Encik Rajendran pula mempunyai kerjaya selama 43 tahun dalam bidang kewartawanan, yang bermula pada 1981 apabila beliau menyertai akhbar ST sebagai wartawan.

Beliau berpindah ke The New Paper pada 1991, dan memegang pelbagai jawatan penyeliaan dalam tempoh khidmatnya selama 15 tahun di akhbar itu.


Beliau dilantik sebagai timbalan editor Tamil Murasu pada 2006 dan editornya pada 2010.


Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil SPH Media, Encik Wong Wei Kong, berkata sebagai satu-satunya akhbar berbahasa Tamil di Singapura, Tamil Murasu adalah suara penting bagi masyarakat Tamil.


“Ikatan dan pengalaman masyarakat kukuh yang dimiliki Encik Raja amat penting dalam membantu membentuk hala tuju editorial Tamil Murasu dan mendekati audiens muda,” kata Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >