Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Editor TOC, penyumbang laporan hadapi tuduhan fitnah jenayah

Dec 13, 2018 | 3:58 PM
DIDAKWA DI MAHKAMAH: Editor The Online Citizen, Terry Xu (kiri), dan Daniel De Costa Augustin masing-masing menghadapi satu tuduhan fitnah jenayah.
DIDAKWA DI MAHKAMAH: Editor The Online Citizen, Terry Xu (kiri), dan Daniel De Costa Augustin masing-masing menghadapi satu tuduhan fitnah jenayah. - Foto KELVIN CHNG

EDITOR The Online Citizen (TOC), Xu Yuan Chen, yang lebih dikenali sebagai Terry Xu, serta seorang individu yang didakwa menyumbang laporan kepada laman itu diheret ke mahkamah hari ini (13 Disember), berhubung satu laporan yang diterbitkan di laman sosio-politik itu.

Xu, 36 tahun, dan Daniel De Costa Augustin, 35 tahun, masing-masing menghadapi satu tuduhan fitnah jenayah.

Augustin juga menghadapi tuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer selepas dia didakwa menggunakan akaun seorang lagi lelaki untuk menghantar e-mel tanpa kebenarannya.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda.

Jika didapati bersalah di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer pula, Augustin juga boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda sehingga $5,000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg